Mesyuarat JK
Mesyuarat JK PIBG SKTP Sesi 2019/2020 - Bilangan (1)
(1) Mesyuarat AJK PIBG yang pertama telah diadakan dengan jayanya pada 16hb Mac 2019 iaitu genap sebulan selepas Mesyuarat Agung PIBG pada 16hb Feb 2019.
(2) Mesyuarat berlangsung dengan baik. Banyak agenda dibincangkan. YDP baharu, Encik Azri, mengendalikan mesyuarat dengan baik. Beliau bermula dengan menegaskan bahawa beliau mahu AJK kali ini kurangkan berbincang dan lebihkan bekerja.
(3) Antara Agenda penting adalah membentuk biro-biro tertentu iaitu Biro Kurikulum, Biro Hal Ehwal Murid dan Biro Kokurikulum.
(5) Banyak perkara telah dibincangkan dan kini kami menunggu minit mesyuarat dikeluarkan oleh Setiausaha PIBG dalam masa 2 minggu selepas meyuarat. Ini supaya setiap Ketua Biro yang baharu dilantik dapat menjalankan tugas masing-masing dengan segera.
(6) Saya menawarkan diri dan telah diberi jawatan sebagai Ketua Biro Kurikulum iaitu perlu memastikan pencapaian akademik murid-murid SKTP yang telah sedikit merosot pada tahun lepas dapat dinaikkan semula.
Subscribe to:
Posts (Atom)
No comments:
Post a Comment