Info KSIB


(1)  
KSIB adalah produk khusus daripada pelaksanaan Sarana Ibu Bapa. Untuk memahami KSIB serta Sarana Ibu Bapa, setiap orang disarankan untuk membaca dokumen Sarana Ibu Bapa yang boleh dicapai di sini → https://www.slideshare.net/mohdsaifulhisyamjasni/sarana-ibu-bapa-kpm

Keahlian KSIB boleh terdiri daripada Ahli PIBG dan Bukan Ahli PIBG (orang luar). Ahli PIBG boleh menjadi Ahli Biro KSIB atau menjadi Sukarelawan KSIB. Orang luar pula boleh menjadi Rakan KSIB.

Di bawah ini diberikan definisi beberapa terma penting sebagai rujukan awal.

DEFINISI KSIB:
Kumpulan Sokongan Ibu Bapa (KISB) ialah saluran kerjasama dan komunikasi untuk merapatkan hubungan antara ibu, bapa, murid dan sekolah. Melalui KISB lebih banyak interaksi, perkongsian dan percambahan ilmu dapat beraku demi mewujudkan hubungan yang bermakna antara anda dan anak anda.

DEFINISI SARANA:
Segala sesuatu yang dapat digunakan sebagai alat untuk mencapai atau melaksanakan sesuatu.

DEFINISI IBUBAPA:
Sesiapa sahaja yang bertanggungjawab terhadap kebajikan anak dan terlibat pula secara aktif dengan pendidikannya.

DEFINISI SARANA IBUBAPA:
Sesuatu alat untuk digunakan oleh ibubapa bagi membangunkan, memantap dan memperkasa penglibatan ibubapa dalam pembelajaran anak-anak.

DEFINISI SARANA SEKOLAH:
Alat yang digunakan oleh sekolah untuk meningkatkan kerjasama antara sekolah, ibubapa dan komuniti bagi tujuan menggalakkan penglibatan ibubapa dan komuniti secara aktif dalam pembelajarana murid.


(2) 
Berikut ini pula diberikan beberapa garis panduan untuk menubuhkan KSIB di sekolah.

Picture

Picture

Picture

Picture


(3)
Saya telah memberikan Borang Fizikal KSIB dan Link untuk mengisi Borang KSIB secara online di WhatsApp Group. Diharap pihak pengurusan sekolah dapat mengedarkan borang tersebut kepada murid-murid.

2 comments:

  1. Bagusnya. Saya suka. Sangat membantu

    ReplyDelete
  2. salam tuan. boleh saya tahu di mana tuan dapat dokumen garis panduan penubuhan KISB tu. saya ingin buat rujukan penuh dan perlukan dokumen lengkap. TQIA

    ReplyDelete