Saturday, February 16, 2019

Bermulanya Perjalanan Hidup Saya Sebagai AJK PIBG SK Tiara Permai


16 FEB 2019

Mesyuarat Agung PIBG SK Tiara Permai kali ke-12 diadakan.

1) Saya merupakan Juruaudit Dalam untuk PIBG Sesi 2018/2019.

2) Banyak persoalan yang saya timbulkan tentang pengurusan PIBG Sesi 2018/2019



3) Sebelum berakhirnya mesyuarat saya menawarkan diri secara sukarela untuk menjadi AJK PIBG Sesi 2019/2020 kerana saya ingin menyumbang kepada sekolah dan PIBG demi kebajikan dan kecemerlangan anak2 SKTP







Semoga perjalanan ini dirahmati Allah dan dipermudahkan.

Amin.


Amir Hamzah
http://www.wasap.my/601128820890

Nota:
Catatan perjalanan ini adalah catatan peribadi saya. Tiada kaitan dengan sesiapa di SKTP atau di luar SKTP. Catatan ini sekadar sebagai peringatan kepada diri saya sendiri bahawa saya memikul tanggungjawab serta amanah yang besar sebaik sahaja saya menawarkan diri sebagai AJK. Diharap hasil catatan ini juga satu hari nanti bakal menjadi bahan rujukan tentang aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan oleh PIBG SKTP Sesi 2019/2020 umumnya dan sumbangan saya kepada PIBG khususnya. Bagi saya documented evidence seperti ini sangat penting untuk mencapai kecemerlangan.  



17 FEB 2019
Saya dimasukkan ke dalam WhatsApp Group PIBG SKTP. Baca tentang ini di sini → 
https://ajkpibgsktp.blogspot.com/p/whatsap.html


16 MAC 2019
(1) Mesyuarat Jawatankuasa Kali Pertama PIBG SKTP diadakan. Baca tentang ini di sini → https://ajkpibgsktp.blogspot.com/p/mesyuarat-ajk.html

(2) Bermula juga tugas saya sebagai Ketua Biro Kurikulum di bawah inisiatif KSIB. Baca tentang KSIB di sini → https://ajkpibgsktp.blogspot.com/p/ksib.html


19 MAC 2019

BENGKEL BIJAK BELAJAR KHAS

Alhamdulillah....berjalan lancar semalam....Bengkel Bijak Belajar Khas buat anak2 SK Tiara Permai (SKTP) semalam.

'Khas' kerana saya niat beri PERCUMA sebagai sebahagian daripada tugas saya sebagai Ketua Biro Akademik dalam PIBG SKTP.

Jika anda berminat untuk melihat gambar2, video2 dan feedback oleh students SKTP, sila klik link berikut:

https://drive.google.com/drive/folders/1-9nQOQSXKnnJ-m5HUYcrFcbhRqOWUP5d?usp=sharing


20 MAC 2019

GROUP WHATSAPP KSIB BIRO AKADEMIK DIUBAH MENJADI GROUP KSIB UMUM

Atas permintaan Guru Besar, kini saya mentadbir Group WhatsApp untuk SEMUA BIRO dalam PIBG SK Tiara Permai

Bukan Biro Akademik sahaja

Ketua Biro2 lain akan join sebagai Admin Bersama dan memanfaatkan platform mencari Ahli KSIB/Sukarelawan KSIB/Rakan KSIB ini

Kemudian barulah mudah untuk kami merancang dan menjalankan aktiviti2 PIBG dengan lebih berkesan

"Berjemaah Bertambah Mudah"

Anda BERMINAT untuk bersama-sama saya sebagai Rakan KSIB (Orang Luar yang tiada anak di SKTP tetapi ingin membuat kebajikan)?

Sila klik link. Kita akan berkenalan dalam group nanti.

https://goo.gl/CKNydS